Saturday, 15 October 2016

Untung ke melabur dalam unit trust???

Jenis-jenis keuntungan dalam unit trust:

Adakah pelaburan Unit Trust ini lebih menguntungkan berbanding ASB, Tabung Haji atau KWSP? Bila boleh untung? Berapakah jumlah keuntungannya?

Kat sini saya bagiy jangkaan dan potensi keuntungan. Unit Trust ni bersifat naik turun. Namun jika anda melabur dengan saya, saya akan tunjukkan strategi betul untuk melabur Unit Trust bagi mencapai objektif pelaburan anda.

Antara keuntungan dalam unit trust:

1)  Income Distribution (Dividen)
Unit trust seperti ASB yang mempunyai dividen 7-8% tiap-tiap tahun. Anda darabkan dengan jumlah pelaburan anda. Contoh duit pelaburan RM10,000, di hujung tahun ada dividen 8% maka anda dapat dividen RM800. Duit anda sekarang menjadi RM10,000 + RM800= RM10,800.

Pemberian dividen dipengaruhi oleh market performance. Dividen hanya diberi jika fund tersebut mempunyai performance yang baik dan membuat untung sahaja. Tidak semua fund Unit Trust memberikan dividen. Saya hanya akan syorkan fund TERBAIK yang ada tinggi dividennya kepada pelabur saya.

2)  Capital Gain (Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi)
Katakanlah anda melabur sebanyak RM10,000 di dalam fund A pada 1 julai 2013, yakni ketika ekonomi Malaysia tengah Down, harga minyak jatuh, nilai RM jatuh, yang mendorong kejatuhan harga saham di Malaysia. Harga seunit pada masa itu adalah RM0.50/unit.

Service charge        = RM5.5% x RM10,000 = RM550
Total investment      = RM10,000 – RM550 = RM9,450
Total unit                   = RM9,450 / RM0.50 seunit = 18,900 unit

Katakanlah sebelum mendapat dividend pada bulan jun 2014, market dah naik dan harga seunit NAV pada may 2014 adalah RM0.75/unit. Oleh itu keuntungan diperolehi:
Keuntungan              = RM0.75 x 18,900 unit = RM14,175
                                 = RM14,175– RM10,000 = RM4,175

* Sekarang adalah masa terbaik untuk membeli Unit Trust kerana harga NAV baru nak mendaki dan pasti anda sebagai pelabur dapat membuat duit..take action!

No comments:

Post a Comment